Home > CaseLaws > Datuk Harun v PP [1976] 2 MLJ 116: S422 CPC – Incurable

Datuk Harun v PP [1976] 2 MLJ 116: S422 CPC – Incurable

HARUN BIN ABDULLAH v. PENDAKWA RAYA
HIGH COURT [SHAH ALAM]
ABDUL WAHAB PATAIL, J
[RAYUAN JENAYAH 42-34-95]
18 JANUARY 1997

 

ALASAN PENGHAKIMAN

 

Perayu tidak puas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang diberikan pada 18/10/1995 dimana Perayu telah disabitkan salah dibawah seksyen 467 dibaca bersama dengan seksyen 471 Kanun Kesiksaan dan dijatuhkan hukuman 1) Penjara 5 tahun dari 18/10/1995 dan 2) Denda RM5,000.00 kalau tidak, 1 tahun penjara. Oleh itu Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman.

 

Perayu telah dibicarakan atas pertuduhan bahawa [Perayu] pada 14/10/1991 di alamat Lot 663 Jalan Kelinik didaerah Kuala Selangor dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memalsukan cagaran berharga, iaitu lesen membeli senjata dan peluru Siri No. B 274599 memberi kuasa pemindahan palsu hak milik suatu senjata-api kepada Lee Poh Sin KP No. 3235499 dan dengan curangnya menggunakan cagaran berharga palsu tersebut sebagai satu cagaran berharga yang sah yang [dia] ada sebab mengetahui ia adalah palsu dan dengan itu [dia] telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 467 KK dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.

 

Alasan utama Perayu adalah bahawa, walaupun suatu ‘trial within a trial’ diadakan, HMS tidak memberi sebab-sebab bagi penerimaan percakapan beramaran. Bahagian 13 di muka surat 8 alasan penghakiman dirujuk oleh peguam untuk menyokong alasan rayuan ini.

 

Di bahagian 13 HMS berkenaan berkata seperti berikut:

 

“13) Mengenai Caution[ed] Statement yang dihujahkan oleh peguam Orang Kena Tuduh sebagai tidak patut diterima, Mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah ada budibicara untuk menerima atau menolaknya sebahagiannya atau seluruhnya.

…….. .”

 

Kemasukkan percakapan beramaran Perayu sebenarnya telah dibicarakan dengan panjang dalam satu ‘trial within a trial’ dimana isu-isu berkaitan dibentangakan sebelum HMS membuat keputusan, seperti terkandung dalam nota keterangan:

 

“Setelah mendengar hujahan dan alasan-alasan peguam, Mahkamah tidak dapat (unable) untuk menerima hujahan peguam mengenai arahan yang kenyataan tersebut tidak boleh diterima. Ada keterangan-keterangan yang cukup menunjukkan bahawa amaran (statutory caution) telah sepenuhnya dan sempurnanya diterangkan/ditadbirkan kepada Orang Kena Tuduh dan tiada ugutan/pujukan/janji telah dibuat kepada orang kena tuduh.

Oleh sebab itu Trial-within-trial diteruskan dan Orang Kena Tuduh dipanggil untuk beri pembelaan dalam trial-within-trial ini.”

 

Setelah mendengar pembelaan dalam ‘trial within a trial’, HMS telah memutuskan:

 

“Setelah mendengar keterangan semua saksi-saksi dalam trial within a trial dan juga keterangan Orang Kena Tuduh, Mahkamah memutuskan bahawa percakapan beramaran telah di rakamkan seperti kehendak Seksyen 113 KAJ. Dengan itu percakapan beramaran Orang Kena Tuduh diterima sebagai eksibit dan [ditanda sebagai] P. 62.”

 

Kes Balasingham v PP (1959) 25 MLJ 193 adalah suatu kes dimana President Mahkamah Sesyen telah gagal seperti berikut:

 

(1) That the learned President gave no reasons why he accepted Wong Yong’s evidence and why he rejected the defendant’s.

 

Dalam mempertimbangkan rayuan itu, YA Ismail Khan J (seperti beliau dikenali pada masa itu) berkata:

 

There was therefore a direct conflict of evidence and a serious defence cannot be summarily dismissed as an improbable story without adequate reasons for such a conclusion”. I accepted Wong Yong’s version and rejected that of the defendant” may still leave the question open whether the burden of “introducing evidence” so as to raise a reasonable doubt has been discharged. The latter expression ” I rejected the evidence of the defendant” is, I consider, capable of different constructions; that the accused had not proved his innocence ; and/or that he had not by his explanation or the sum of the evidence raised a reasonable doubt in the mind of the learned President as to his guilt or that his explanation though not believed cannot be reasonably true. In any case I think it is a most unsatisfactory and cavalier way of dealing with highly controversial facts.

In addition such a laconic expression is far from helpful to the Appellate Court guided only by the printed evidence to ascertain whether the conviction is against the weight of the evidence. But here I find substantial reasons for interference. An appeal is merely a continuation of proceedings by way of rehearing and litigants as well as the Appellate Court are entitled to know the reasons for the finding.

 

The trial Court is under a statutory obligation under section 308 of the Criminal Procedure Code to transmit to the Appellate Court the grounds of decision which convey to my mind a reasoned judgment on the facts and the law not merely the conclusion arrived at. The advantage of a “speaking” judgment needs no emphasis.

 

Dalam trial-within-a-trial kes ini, Perayu telah memberi keterangan atas sumpah. Keterangannya menentang atas isu-isu yang material. Alasan-alasan mengapa keterangannya tidak diterima perlu diberikan kerana:

 

After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances. (Balasingham v PP)

 

Kegagalan dalam kes itu mengakibatkan:

 

It would have been of great advantage to me if I could have had the reasons for the learned President’s finding as without them it is difficult to say whether or not the reasons are adequate. nor would it be possible to assess the considerations, if any, given to the particular fact or facts proved or disproved. It now remains for me to analyze the evidence in some detail so as to arrive at some conclusion whether the learned President was justified in summarily rejecting the evidence of the appellant.

 

Jelas dalam kes ini HMS hanya membuat keputusan setelah mendengar hujah- hujah dari kedua pihak. Sememangnya seorang HMS tidak boleh lari dari memberi keputusan. Tetapi keputusan tersebut haruslah berpandukan kepada kehendak-kehendak undang-undang bagi fakta-fakta yang perlu dibuktikan.

 

Perayu telah memberi keterangan atas sumpah dalam trial-within-a-trial. Dia menegaskan bahawa T/OCCI Mohd Zin berjanji bahawa kalau dia mengaku, dia diberi peluang ambil cuti dan bersara, dan tindakan Mahkamah tidak akan diambil. T/OCCI menafikan perkara ini, begitu juga DSP. Subramaniam yang dikatakan hadir dalam perjumpaan dengan Perayu di Bilik Gerakan pada jam 2.00pm menafikan adanya apa-apa perjanjian. DSP Subramaniam disokong oleh keterangan T/OCCI bahawa tidak ada janji dibuat kepada Perayu. HMS pula hanya berkata tanpa memberi alasan:

 

“Setelah mendengar keterangan semua saksi-saksi dalam trial-within-trial dan juga keterangan Orang Kena Tuduh, Mahkamah memutuskan bahawa percakapan beramaran telah dirakamkan seperti kehendak seksyen 113 KAJ. Dengan itu percakapan beramaran Orang Kena Tuduh diterima sebagai eksibit dan [dimasukkan sebagai] P. 62. “

 

Akibatnya Mahkamah ini sebagai suatu Mahkamah Rayuan tidak tahu apakah alasan HMS mengapa dia tidak menerima keterangan Perayu, dan kalaupun tidak dipercayai, mengapa ianya tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Dari rekod, keterangan Perayu tidak sebegitu bercanggah dalam keterangan itu sendiri atau jelas sebegitu tidak mungkin untuk membolehkannya diketepikan atau ditolak secara terus. Tidak ada apa-apa dalam keterangannya yang sebegitu jelas tidak dapat diterima sehingga tidak perlu beri alasan. Oleh yang demikian HMS sepatutnya memberi alasan mengapa dia ketepikan keterangan Perayu.

 

Harus juga diperingati alasan-alasan yang diberi tidak perlu panjang lebar. Tidak perlu memeras otak dan akal dengan rasional, rasional yang kurang kaitannya dengan proses pemikiran atau pertimbangan yang objektif, sesuai dan munasabah.

 

Kumpulan alasan kedua adalah bahawa keterangan Chin Kim Sang (PW13) dan Lee Poh Sin (PW2) adalah keterangan rakan sejenayah. Peguam berhujah, berpandukan TN Nathan v PP [1978] 1 MLJ 134, Sarwan Singh v State of Punjab AIR 1957 SC 637 dan DPP v Kilbourne [1973] 1 All ER 440, bahawa HMS tidak membuat apa-apa dapatan tentang kebolehpercayaan kedua-dua saksi ini sebelum menimbang adanya sokongan kepada keterangan mereka.

 

PW13 pada awal keterangan memberitahu Mahkamah dia terima dari PW2 wang berjumlah RM16,000 dimana dia beri RM13,000 kepada Perayu, RM3,000 kepada Ng Kee Hup tetapi mengambil dari Ng Kee Hup RM100, dan katanya yang lain mungkin orang lain ambil. Dalam soal balas dia telah mengaku terima RM26,000 dimana dia beri RM13,000 kepada Perayu, RM3,000 kepada Ng Kee Hup dan mengambil RM 10,000 sebagai komisyen. Dia mengaku dengan itu dia telah menipu PW2. Adalah dihujah oleh kerana percanggahan dalam keterangan PW13 dan dengan pengakuan dia menipu PW2, keterangannya tidak boleh dipercayai.

 

Peguam berhujah bahawa didalam kes DPP v Kilbourne, seperti yang khasnya diterimapakai dalam TN Nathan v PP, Lord Hailsham berkata:

 

“Corroboration is only required or afforded if the witness requiring corroboration or giving it is otherwise credible. If his evidence is not credible, a witness’s testimony should be rejected and the accused acquitted, even if there could be found evidence capable of being corroboration in other testimony. Corroboration can only be afforded to by a witness who is otherwise to be believed. If a witness’s testimony falls of its own inanition the question of his needing, or being capable of giving, corroboration does not arise.”

 

Secara ringkas, prinsip yang ditafsir oleh peguam untuk dipakai adalah bahawa, berkenaan seorang rakan sejenayah sebagai saksi, dimana keterangan sokongan diperlukan, mahkamah terdahulu harus menimbang apa saksi tersebut boleh dipercayai. Kalau keterangannya tidak dapat dipercayai, maka mahkamah tidak perlu melihat tentang adanya keterangan sokongan bagi menyokong keterangan rakan sejenayah tersebut. Keterangan sokongan tidak perlu dipertimbangkan apabila keterangan saksi rakan sejenayah tidak dapat dipercayai. Oleh itu mahkamah perlu membuat keputusan apa keterangan seorang saksi yang perlu dikoroborasi itu boleh dipercayai atau tidak sebelum menimbang keterangan sokongan.

 

Disini kita harus berhenti seketika untuk menimbang apa yang sebenarnya dimaksudkan. Keterangan seorang rakan sejenayah selalu diragukan oleh kerana ada kemungkinan dia coba memindah tanggungan atas kesalahan kepada orang lain, khasnya orang kena tuduh. Justeru itu sokongan yang material diperlukan sebagai koroborasi untuk mempastikan apa yang dia kata itu benar. Hakim hanya dapat pastikan kebenaran keterangannya kalau ada keterangan sokongan. Atas asas manakah seorang Hakim dikehendaki pastikan kebenaran keterangan seorang rakan sejenayah kalau kebenarannya harus dipastikan dahulu sebelum keterangan sokongan diambil kira? Jelas tafsiran itu terlalu mempermudahkan maksud DPP v Kilbourne.

 

Perkataan yang digunakan adalah “If a witness’s testimony falls of its own inanition the question of his needing, or being capable of giving, corroboration does not arise.” Perkataan yang digunakan, ‘inanition’ berakar dari perkataan yang bermaksud ’empty’ atau kosong, dan bermakna satu kondisi atau kualiti kekosongan. Biasanya perkataan itu digunakan untuk maksud ‘kebuluran’. Oleh itu jelas yang dimaksudkan dalam kes DPP v Kilbourne adalah bahawa kalau keterangan saksi itu jatuh oleh kerana kekosongan atau kebuluran keterangan itu sendiri, misalnya jelas dari keterangan itu sendiri ianya suatu rekaan, maka mahkamah tidak perlu menimbangakan keterangan sokongan bagi keterangan itu, dan keterangan seperti itu tidak dapat memberi sokongan kepada keterangan yang lain.

 

Dalam kes TN Nathan v PP, perayu dituduh bersetuju menerima 20% dari komisyen atas premiam daripada seorang bernama Manickavasagam s/o Shanmugam. Manickavasagam telah membuat laporan sebagai pengadu dan seterusnya memberi keterangan sebagai saksi rakan sejenayah. Mahkamah setelah berpendapat bahawa si rakan sejenayah Manickavasagam tidak dapat diterima sebagai saksi yang boleh dipercayai memutuskan:

 

In our case, as the accomplice could not be considered a reliable or credible witness, the question of corroboration therefore did not arise.

 

Perkataan yang digunakan adalah ‘as the accomplice could not be considered a reliable or credible witness’ bukan ‘as an accomplice could not be considered a reliable or credible witness’. Iaitu, TN Nathan v PP tidak mengatakan bahawa seorang rakan sejenayah itu tidak boleh diterima sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai. Hanya dalam keadaan fakta dalam kes itu, saksi berkenaan didapati tidak boleh dipercayai.

 

HMS dalam kes ini sebenarnya telahpun membuat dapatan walaupun PW2 dan PW13 adalah saksi rakan sejenayah, pengakuan saksi PW13 yang beliau berbohong dengan saksi PW2 mengenai wang, menunjukkan bahawa beliau seorang yang bercakap benar dan boleh dipercayai bila tiba di Mahkamah. Selepas itu barulah HMS menyenaraikan lain lain “material particular dalam kes ini untuk mensabitkan Orang Kena Tuduh, sebagai contohnya : …….”. Dapatan ini penting kerana dia adalah rakan sejenayah yang penting yang menguruskan transaksi diantara PW2 dan Perayu.

 

Percanggahan dalam keterangan PW13 adalah tentang jumlah yang dia ambil sebagai keuntungannya sendiri. Dia tetap dengan keterangan asal bahawa dia memberi RM13,000 kepada Perayu. Juga jelas, siapa Ng Kee Hup yang PW13 kata telah menerima RM3,000 tidak dipersoalkan dalam rayuan ini. Mungkin dia hendak menyembunyikan fakta dari Perayu atau PW2 dia telah mendapat keuntungan RM10,000 untuk diri sendiri. Dia mengaku dia tidak beri tahu PW2 dia akan ambil RM10,000. Sememangnya orang tengah yang cuba membuat keuntungan dari pihak lain tidak akan memberitahu berapakah keuntungan yang dia dapat dari mereka. HMS juga telah berpeluang melihat saksi ini disoalbalas, dan boleh membuat keputusan samaada dia boleh dipercayai atau tidak. Mahkamah ini berpendapat tidak ada apa apa yang menghalang HMS daripada memutuskan PW13 boleh dipercayai.

 

PW2 kata dia membayar RM26,000 kepada PW13 dihadapan Perayu. PW13 asalnya kata dia kurang pasti PW2 atau PW14 yang memberinya wang tersebut atau dimana wang diberi kepadanya. Dalam soalan semula dia menerangkan dia terima RM26,000 tetapi tidak ingat dirumah Perayu atau dikereta, tetapi membayar RM13,000 kepada Perayu dirumah Perayu pada hari yang sama. PW14 kata PW2 dan PW13 masuk kerumah Perayu lebih kurang 30 minit. Waktu itu dia tunggu dalam kereta. Dia hanya diberitahu oleh PW13 bayaran adalah RM26,000. Dia tidak lihat macam mana bayaran dibuat dan tidak lihat PW13 terima apa apa bayaran. Selepas itu mereka pergi beli senapang. Selepas beli senapang mereka balik ke rumah Perayu. Jelas dari keterangan PW14, bahawa keterangan PW2 dan PW13 disokong oleh keterangan PW14 dalam berberapa aspek yang penting, dan keterangan PW14 tidak dipertikaikan dalam rayuan ini. Tidak ada apa apa dalam keterangan PW14 yang menunjukkan keterangan PW2 dan PW13 tidak mungkin benar.

 

Mahkamah ini berpendapat HMS telah membuat keputusan PW13 boleh dipercayai, dan tidak ada apa apa yang jelas menunjukkan dapatan itu salah. Percanggahan dalam keterangan PW13 telah diakuinya sendiri dan oleh itu tidak menjejaskan kebolehpercayaan saksi ini. Akan tetapi dalam keadaan itu, keterangan PW13 perlulah ada koroborasi. Koroborasi terdapat dari PW2 dan PW14. Walaupun tidak ada perkataan-perkataan khas dari HMS bagi dapatan terhadap keterangan PW2, jelas dari keseluruhan penghakiman, keterangannya juga dipercayai oleh HMS. PW14 tidak disifatkan sebagai rakan sejenayah, oleh itu PW14 adalah saksi bebas. Keterangannya menyokong dalam berberapa perkara keterangan PW2 dan PW13. Selain itu ada keterangan keterangan lain yang disenaraikan oleh HMS sebagai koroborasi. Setelah meneliti penghakiman pada keseluruhannya, Mahkamah berpendapat tidak ada ketidakadilan berlaku atas kumpulan alasan ini apabila HMS memerima keterangan PW2 dan PW13.

 

Sebelum meninggalkan isu ini, perlu juga kita ambil perhatian seksyen-seksyen berikut dalam Akta Keterangan 1950:

 

Seksyen 114 (b):

The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case.

 

Illustrations

(b) that an accomplice is unworthy of credit unless he is corroborated in material particulars;

Seksyen 133

‘An accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice.’

 

Ternyata dari itu Akta Keterangan dalam seksyen 114 illustrasi (b) mengemukakan anggapan terhadap keterangan rakan sejenayah sebagai satu illustrasi sahaja, dan dalam seksyen 133 menjelaskan bahawa seorang rakan sejenayah boleh memberi keterangan terhadap seorang kena tuduh, dan sabitan hanya atas keterangan rakan sejenayah yang tidak disokong tidak salah. Akibat atau kesan kedua-dua seksyen ini dibaca bersama adalah menerima keterangan saksi rakan sejenayah sebagai keterangan saksi biasa. Seperti untuk mana-mana saksi biasa, adalah lebih baik kalau HMS dalam alasan penghakiman menulis dengan khas atau jelas dia mempercayai seseorang saksi itu atau tidak. Tetapi itu adalah pilihan gaya penulisan, dan kalau dari alasan tersebut menunjukkan dia percayai saksi berkenaan, itu adalah mencukupi.

 

Kumpulan alasan ketiga adalah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah salaharahkan dirinya apabila berkali-kali kembali menyentuh tentang pilihan Perayu tidak memberi keterangan atas sumpah sebagai tidak ingin dan tidak berani disoalbalas. Peguam berhujah bahawa mengikut Mohamed Salleh v PP [1969] 1 MLJ 104, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan bahawa walaupun seorang tertuduh memberi keterangan dari kandang dan tidak atas sumpah, hakim perlu memberi pertimbangan kepada keterangannya, walaupun mungkin keterangan itu tidak diberi timbangberat seperti keterangan atas sumpah dan setelah disoalbalas.

 

Dalam kes ini, HMS telah, dalam alasan penghakimannya berkata:

 

Per. 15:

…………….. Kalau Orang Kena Tuduh betul-betul mahu memperkukuhkan kesnya dan kenyataan ini kenapa beliau tidak memilih untuk beri keterangan bersumpah supaya beliau boleh disoalbalik oleh pendakwa. Sekurang-kurangnya Mahkamah boleh dapat lihat kebenarannya. Hanya bercakap atas isu dipujuk dan untuk jatuhkan imejnya adalah belum lagi melepaskan ‘burden’ nya.

Per 17:

 

……………. Pertukaran pilihan Orang Kena Tuduh untuk beri keterangan sedikit sebanyak telah dibuktikan diMahkamah bahawa kebolehpercayaan Orang Kena Tuduh tidak boleh dibuktikan langsung. Mahkamah percaya bahawa Orang Kena Tuduh tidak ingin dan tidak berani untuk disoalbalas mengenai kebolehpercayaannya sendiri. Walaupun Orang Kena Tuduh berhak untuk memilih cara mana ia hendak beri keterangan tetapi cara pilihannya untuk beri keterangan daripada kandang orang salah (Statement from the dock) sedikit sebanyak turut melemahkan lagi kes pembelaannya sendiri. Keterangan Orang Kena Tuduh adalah sebenarnya tidak bernilai langsung.

Per.18:

Mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwa bahawa kerana Orang Kena Tuduh tidak mahu/ingin/berani untuk disoalbalas oleh pihak pendakwa, ini menambah kuat lagi kes pendakwa terhadapnya khususnya mengenai keterangan dokumen-dokumen, eksibit-eksibit dan nama Lee Poh Sin yang dijumpai dirumahnya.

Per. 20:

Mahkamah berpeluang melihat dan memerhati Orang Kena Tuduh memberi keterangan daripada kandang orang salah (demenour) dan Mahkamah mendapati bahawa Orang Kena tuduh memberi keterangan secara teragak-agak, mengambil masa untuk memulakan sesuatu kenyataan yang hendak diucapkan. Sekiranya Orang Kena Tuduh seorang yang tidak ada niat salah kenapa mesti beliau teragak-agak untuk beri keterangan. Keadaan ini lebih ketara sekali apabila beliau rnemilih untuk tidak disoalbalas. Perumpa[maan] Melayu berkata “berani kerana benar, takut kerana salah”. Kalau Orang Kena Tuduh dipihak benar kenapa tidak mahu di soalbalas dan demenour masa beri keterangan pun tersekat-sekat.

Per 21:

 

…………… kegagalan/kesilapan Orang Kena Tuduh memilih keterangan walaupun beliau mempunyai peguam, secara tidak langsung telah mengagalkan kes pembelaan sendiri dan mengukuhkan kes pendakwa.

 

Daripada rujukan-rujukan sepenuhnya atas perkara ini, adalah didapati bahawa HMS telah memerhati Perayu semasa dia memberi keterangan dari kandang tertuduh dan mendapati dari cara dia memberi keterangan (per 20), dia gagal menimbulkan keraguan yang munasabah (‘burden’nya). Dalam perenggan 17, HMS telah merujuk kepada pertukaran Perayu kepada tidak memberi keterangan atas sumpah sebagai tidak ingin dan tidak berani disoalbalas, dan keterangan Perayu tidak bernilai langsung. Dalam ini HMS merujuk kepada fakta Perayu dalam ‘trial-within-a-trial’ telah memberi keterangan atas sumpah, tetapi pada akhir kes pendakwa telah memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh. Tidak ada apa-apa dalam penghakiman yang menunjukkan HMS telah menolak dari pertimbangan keterangan Perayu dari kandang tertuduh semata- mata oleh kerana keterangan itu tidak dibuat atas sumpah dan disoalbalas.

 

Dalam keterangannya dari kandang tertuduh Perayu menimbulkan semula bantahan kepada percakapan beramaran. Oleh kerana keterangannya atas isu ini atas sumpah telah ditolak dalam ‘trial-within-a-trial’, tidak mungkin kemudiannya akan diterima apabila diberi dari kandang tertuduh. Selain itu keterangannya adalah penafian, bahawa dia berkeluarga; setelah berkhidmat begitu lama tidak mungkin akan membuat kerja yang keji itu, dan saksi-saksi pendakwaan termasuk PW2 dan PW13 tidak benar, tidak berasas dan ingin menjatuhkan imej atau personalitinya sebagai ketua kerani. Selain itu tidak ada bukti dikemukakannya.

 

HMS seolah merungut Perayu tidak memberi keterangan atas sumpah dan disoalbalas dimana kebolehpercayaannya dapat diuji dan keterangannya dapat lebih ditimbang berat. Bahaya salahfaham adalah lebih dalam kes yang dibicarakan oleh juri seperti Mohamed Salleh v PP. Kes ini dibicarakan oleh HMS sendiri.

 

Pilihan perkataan oleh HMS mungkin boleh diperbaiki, tetapi maksudnya masih boleh dikesan: kes pembelaan lebih kuat kalau keterangan diberi atas sumpah dan disoalbalas apabila dibandingkan dengan keterangan sebaliknya dan kalau mahu perkuatkan kesnya kenapa tidak beri keterangan atas sumpah; dan jelas tidak ada kemungkinan HMS berkenaan telah tidak ambilkira keterangan Perayu semata mata ianya dibuat dari kandang tertuduh tanpa atas sumpah dan disoalbalas.

 

Oleh yang demikian rayuan atas alasan ini ditolak.

 

Kembali kepada alasan utama rayuan, perlu dipertimbangkan sekarang apakah akibat kegagalan HMS memberi alasan bagi keputusannya untuk menerima masuk percakapan beramaran Perayu.

 

Dalam kes Balasingham v PP, selain ketidakadaan alasan diberi apabila menerima keterangan saksi pendakwa dan menolak keterangan saksi orang kena tuduh,

 

P.W.1 Inspector Chong said in his evidence: “Wong told me that there was no need to give the $20. He said $5 would be sufficient which was the usual amount.” Now this statement of P.W.3 is one made in the course of investigation and its admission is clearly in contravention of section 113 of the Criminal Procedure Code. There is another serious illegality. P.W.3 was allowed to give evidence that appellant “caused trouble to others.” This is evidence that appellant is a person likely to have committed the offence and is clearly irrelevant and inadmissible. It is true that the learned President does not refer to such evidence in his judgment but the possibility that it might have influenced his decision cannot be excluded.

I consider it unfair to the appellant having regard to the unsatisfactory nature of the prosecution evidence to put him to the peril of a retrial. Accordingly I allow the appeal. The conviction is quashed and the sentence set aside. …….

 

Dalam kes Balasingham v PP keterangan yang dimasukkan adalah keterangan yang memang tidak boleh diterima. Dalam kes dihadapan Mahkamah ini, percakapan beramaran bukan sememangnya tidak boleh dimasukkan seperti dalam Balasingham v PP. Suatu ‘trial-within-a-trial’ telah diadakan. Malangnya HMS gagal memberi alasan mengapa keterangan Perayu ditolak. Tetapi jelas keterangan Perayu ditolak.Kegagalan itu adalah teknikal. Keterangan Perayu mungkin ditolak kerana keterangan DSP Subramaniam disokong oleh T/OCCI tetapi keterangan Perayu tidak. Mungkin kerana isu janji ini tidak ditimbulkan oleh peguam semasa DSP Subramaniam asalnya disoal balas. Hanya selepas keterangan DSP Subramaniam sudah tamat dan dia dipanggil semula selepas keterangan K/Insp. Jaafar bin Ahmad selesai memberi keterangan pada hari kemudian, barulah DSP Subramaniam dipanggil semula dan disoal atas perkara ini. Mungkin oleh itu tuduhan Perayu tidak ditimbang berat. Pendek kata percakapan beramaran dalam kes ini bukan satu satunya keterangan yang lansung tidak boleh diterima masuk seperti perkara- perkara dalam Balasinghan v PP diatas.

 

Walaupun Mahkamah ini bukan tempat untuk meneka rantai pemikiran atau alasan yang dipakai oleh HMS, tidak dapat dinafikan Perayu selain dari mengemukakan tuduhannya, tidak ada apa-apa keterangan lain dikemukakan. Atas kedudukan sedia ada, tidak dapat dikatakan penolakan keterangan Perayu salah atau tanpa asas, melainkan kegagalan teknikal untuk memberi alasan. Percakapan beramaran itu juga tidak disentuh atau dipakai dalam alasan penghakiman. Kemungkinan ia mempengaruhi keputusan HMS sangatlah jauh dalam fakta kes ini. Daripada nota keterangan dan alasan penghakiman jelas ada keterangan-keterangan lain yang mencukupi bagi sabitan, dan tidak mungkin sabitan tidak akan dibuat tanpa pengaruh daripada kemasukkan percakapan beramaran.

 

Pada amnya apabila keterangan yang tidak boleh diterima dimasukkan, seharusnya sabitan dan hukuman diketepikan, dan soal yang timbul adalah apa pertuduhan itu harus dibicarakan semula. Kes ini berlainan kerana isu terlibat hanya kegagalan HMS memberi alasan menolak keterangan Perayu dalam ‘trial-within-a-trial’, dimana dari nota keterangan tidak ada apa-apa yang menunjukkan HMS semestinya salah dalam menolak keterangannya. Seperti disenaraikan dalam alasan penghakiman, HMS mempunyai alasan-alasan lain untuk sabitan, dan oleh itu Mahkamah ini berpendapat tidak perlu kes ini dibicarakan semula.

 

Seksyen 167 Akta Keterangan 1950 adalah memberi panduan dalam keadaan ini.

 

The improper admission or rejection of evidence shall not be ground of itself for a new trial or reversal of any decision in any case if it appears before which the objection is raised that, independently of the evidence objected to and admitted, there was sufficient evidence to justify the decision, or that, if the rejected evidence had been received, it ought not to have varied the decision.

 

Maka rayuan dengan ini ditolak dan sabitan serta hukuman dikekalkan.

 

ABDUL WAHAB PATAIL

 

HAKIM

 

MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM

 

Bertarikh: 18 January 1997

 

————————————————————————————————————

[Appeal dismissed ]

Categories: CaseLaws
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: